“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut dan (ingatlah) ALLAH tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.”
(Surah Al Ankabut: 40)
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
(Surah ArRum: 41)
Kita mendoakan mereka di Aceh,
Kita menyumbang untuk mereka di Haiti,
Kita rasa terkesan bila Jepun pula dilanda Tsunami.
Kita menangisi pejuang Palestin,
Kita berdebar melihat pergolakan di bumi Mesir.
Tapi mengapa itu semua hanya perasaan
yang singgah sementara
Bagai air terserak ke keladi
Sekejap; hilang dari pandangan hati.
YA ALLAH, jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang banyak bertaubat, dan jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang mendekat diri dengan ALLAH SWT, dan jadikanlah aku dikalangan hamba-hambaMU yang soleh.
Amin3x, Ya Rabbal a'lamin.
2 comments:
sya simpati dgn ape yg telah menimpa di negara² tersebut kecuali Jepun!...
kalu dh x suke org, bayang2 pun rasa meluat!
Post a Comment