Monday, April 11, 2011

Hello, How May I Help You?!


Siapa orang pertama yang anda temui bila ke sesebuah syarikat?

Kalau bukan pak guard, tentunya receptionist.

Saya rasakan jawatan receptionist sekarang terlampau dipandang enteng. Sedangkan merekalah penghubung utama, terutamanya yang menelefon ke syarikat tersebut. Fine, ada syarikat yang sekadar menggunakan rakaman suara dengan menu pilihan untuk melayan pemanggil, tetapi ramai lagi yang masih mengharapkan sentuhan manusia untuk menggalas tanggngjawab tersebut. Jadinya, syarikat sepatutnya lebih berhati hati memilih dan mendidik receptionist2 mereka supa imej tiadala tercalar.

Insiden baru2 ini yang saya alami amat mengjengkelkan.

Insiden pertama: Kerana tidak pasti ext seorang pegawai, receptionist meletakkan saya ‘on hold’ sambil menyemak direktori. Yang kelakarnya, beliau mengangkat semula dan mengucapkan ‘Selamat tengahari, boleh saya bantu’. Saya dalam hati terus menjawab ‘ko gilo ka hapo pompuan?!’

Insiden kedua: Saya melaporkan sambungan yang dibuat tersalah tingkat, boleh plak receptionist nak membebel pihak yang sepatutnya tidak mengupdate direktorinya. So, ada aku kisah?!

Saya jugak agak meluat dengan kejadian bila kita sekadar menelefon untuk bertanyakan alamat dan jawatan pegawai tertentu (kes bila bos soh hantar kad tak tau jawatan dan alamat) receptionist terus menyambungkan ke talian pegawai berkenaan. Apa kerja ko, then?

Jadinya, sebagai receptionist yang bagus, kalau tak pun hebat:

1. anda mesti sedar yang ada adalah penghubung utama syarikat dan kerana first impression counts, sedarlah juga bahawa kemungkinan untuk anda merudumkan imej syarikat adalah amat tinggi!

2. cuba perbaiki communication skills anda. Belajar Bahasa Inggeris atau bahasa2 yang banyak perlu digunakan sepanjang anda menjawab panggilan.

3. belajar adab, sopan dan santun. Sebagai orang M’sia, ini bukanlah susah kerana adab2 kita mementingkan ini semua.

4. cuba hafal atau biasakan dengan nombor2 sambungan yang selalu diminta.

5. tak salah anda menyuntik keceriaan kerana mungkin anda mampu membuat orang lain juga tersenyum dan bahagia.

Selamat mencuba!

No comments: