Monday, March 28, 2011

...Dalam Sinema


Saya pernah menyoalkan kewajaran pembikinan filem …Dalam Botol ini, dahulu.

And here I go again, or to be precise, let me continue.

Maaf En OhBulan, saya tidak bersetuju dgn anda. Kurang bersetuju.

Memanglah saya bukannya ternanti-nanti filem ini (poster saja sudah tidak menampakkan usaha). Malahan saya sendiri tertanya-tanya, di awal tayangan, kenapa saya memilih menonton ini, bukan pula filem 2 Alam (dan langsung membantu impian kutipannya). Mungkin kerana entri saya yang lalu telah terlebih dahulu menghukum dan saya merasakan …Dalam Botol perlu diberi ruang untuk sekurang-kurangnya, dibelek-belek. Ingin juga melihat apa yang dipuji benar dengan garapan sulung Khir ini.

Dari mengarut tentang apa yang jelek dengan filem ini, baik diberi komentar yang lebih bermakna. Constructive criticism. Kerana ramai yang lebih memuji teknikal filem ini, kita kecilkan jugak skopnya.

1. Jarang sebuah filem Melayu menggunakan teknik flashback. Bermula dari hujung, sebelum semuanya bercantum dan menjadi sebuah gambar yang sempurna. Cumanya, instead of memaparkan scene-scene terlarang dan Ruby (versi Mak Nyah Rubiddin) menyembah sujud boifrennya, Ghous, boleh sahaja Khir terus melakar kisah-kisah hidup Ruby yang dulu menggunakan teknik-teknik flashback dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk hubungan mereka. Keep some as a mystery.

2. Ruby digambarkan sebagai mencapai tahap wanita sempurna demi kerana Ghous. Tetapi logik akalnya, selepas gender reassignment, napa tidak dimasukkan silikon dan masih memakai rambut palsu? Scene Ruby mandi bogel tidak langsung dituntut kerana boleh saja digantikan dengan scene menarah memendekkan rambut secara drastik dengan linangan air mata.

3. Normah Damanhuri dan Jalil Hamid mencuri lampu spotlight kerana kehadiran mereka cukup terasa. Mungkin kerana Ruby masih baru dalam dunia lakonan, timbal balik darinya masih kelihatan kaku. Tapi Ogy, sorry, anda kelihatan berlebih-lebih dan tercari-cari watak anda. Sekejap seorang wanita yang ceria dan tegas, sekejap-sekejap begitu rapuh.

4. Skor muzik. Kurang faham mengapa ramai memuji. Memang adakalanya scene tanpa dialog begitu berkesan dengan runut bunyi yang bersesuaian. Cumanya bukanlah seluruh filem bagai opera lengkap bunyi-bunyian.

5. Khir kelihatan begitu mahir menterjemahkan scene tanpa suara. Namun ini tidak seimbang dengan sccene berdialog yang rata rata lemah dan kelihatan seperti tergantung. Suntingan jugak memeningkan kerana transisi dari satu babak ke babak yang lain tidak smooth.

6. Latar filem kurang senada kerana props dan lokasi seperti dari filem berbeza. Pelik bila ada yang menyamakan dengan filem Mak, kerana filem filem Mak walaupun kita terus-terusan meneka latar zaman yang dipapar, tetapi pilihan lokasi kelihatan lebih kurang sama. Biar membezakan yang kaya dan miskin ataupun berlainan bangsa.

7. Kalau mood suram yang cuba Khir paparkan, memang itulah yang kelihatan. Adegan waktu bercinta pun tiada terselit kegembiraan, apatah sewaktu majlis perkahwinan.

Secara terus terang ini adalah satu-satunya filem Raja Azmi yang saya tonton. Harap-harapkan RA seorang visionary yang bakal terus jujur mencerna filem-filem bertema besar lain dan bukan sekadar melahirkan projek untuk mengajar glamer dan publisiti murahan sahaja.

UPDATE: Thanks En OhBulan, feature entry ni...

8 comments:

SaifulMokhtar said...

setuju sgt dgn komen anda! jalil hamid dan normah sgt berkesan... keep up the good job que..

NKLi GKaR said...

JA n ND yg great job, I plak yg kena keep up the good job...

ha ha ha

AST said...

OMG first time baca blog ko..tak tau pun hang ada blog ahaks!

NKLi GKaR said...

knowledge is power!

Shuhada Daud said...

*jumping* *jumping*

masih xcited lg..hehe..

farhati said...

ok..much thanks baraq! aku x jd nak tgk! heheh! =P

Ajami Hashim said...

nice rev :)

NKLi GKaR said...

Thanks