Monday, March 14, 2011

Hikayat MERONG Mahawangsa

Jujurnya saya tidak menggalas sebarang harapan melangkah masuk ke panggung Jumaat yg lepas menonton Hikayat Merong Mahawangsa, kerana masih belum ada filem garapan KRU yang betul2 b’kesan di jiwa. Ya, sesetgh org pergi nonton kerana actor astressnya, setengah org kerana pembikinnya dan sesetengah org sekadar ntok menghabiskan masa (dan $) yang terluang. Bagi filem2 Melayu, saya masuk didalam keluk ke-2, kerana pembikin memberi representasi kualiti yang sepatutnya kepada filem di Tanah Malaya ini (sory, PROF Razak n adik serta sepupu sepapatmu).


Jadi apa pendapat saya usai menonton Hikayat?!

1. Saya merasakan Hikayat terlampau pantas, bagaikan iklan promo rncgn History Channel. Mana tafsiran lagu meruntun jiwa Sedetik Lebih di dalam variasi plot Hikayat? Mana perkembangan watak dari seorang gelandangan, Merong diangkat sebagai raja puaknya dan Mengapa objektif penyatuan Cina dan Rom serta Tanah Semenanjung dipilih sebagai tempat pernikahan tidak diurai dengan lebih mendalam?

2. Saya merasakan Hikayat filem yg kompius. Kenapa? Diawalnya penuh permulaan sebuah epic movie dgn voice over ayat2 pra sejarah, tetapi dialog2 dan pembinaan watak kemudiannnya lebih terarah kepada komedi2 Raja Lawak. Prop dan kostum juga tiada penelitian, dgn kostum dayang dan puteri Cina bukan dari arus zaman yg sama, wujudnya keris bagai Taming Sari sedangkan ini sebelum Melaka lagi dan cermin2 yang begitu elok pantulannya (an innovation perfected in the recent era of industrial revolution kn?!). N please la, kulit rimau dipakai Taji tuh, fake oit!!!

3. Saya juga merasakan Hikayat digarap dgn kurang kemas. Apa perlunya watak Raja Langkasuka (narator) kalau sekadar menyediakan suara latar yg annoying? Apa perlunya Umi Nazeera kalau skadar dok kerek2 mula2 tuh pastu jatuh cinta n ini smua dlm scene tanpa dialog diiringi runut bunyi yg terlampau singkat? N mana dtg tiba2 Embok bunting sdgkn takde langsung scene yang mencadangkan dia n Merong rapat sampai tahap tuh?

4. Saya rasa terlampau bnyk $ digunakan Hikayat utk bende2 tak perlu. Napa perlu amek Stephen (watak itu susah dipercayai terutama part2 Merong berbahasa melayu sbb jelas, dia sendiri tidak memahami apa dituturkan). Napa perlu upah Malaysian Philharmonic Orchestra kalu soundnya takde la bombastic mana pun n napa perlu ada lagu hit dinyanyikan oleh mega star yang not even registered in the movie but at the last credit roll, 2 pun 1/3 lagu ja. N that wig, cammon, Dato’ Rahim Razali can’t be taken seriously, or even sapa pun, wearing that!

Having said that, I applaud KRU’s effort. May this pave a way for more producers to come up with big budget movies. Sebab bila semakin bnyk, tak dapat tidak akan ada 1 2 yg b’kualiti. Diharap juga penggunaan CGI menjadi lebih murah dan menarik ramai ntok menggunakan.

If you support the industry, go watch, if you support pirated dvds, please do in discreet... he he he

Review2 dr blog lain:

theotherkhairul
beautifulnara

5 comments:

HRH said...

Syabas, filem ini dianalisa dengan kritis oleh saudara Ndak.

Ada lagi suatu perkara yang mengganggu saya apabila melangkah keluar daripada panggung selain dompet semakin kurang dengan RM13! Perkara tersebut adalah mengenai kostum pelakon. Jika saudara perasan, kostum penduduk perempuan Langkasuka semuanya berwarna putih daripada fabrik yg sama dalam babak Merong berlepas memerangi Garuda. Dibeli satu kayu mungkin.

Untuk produksi bermodalkan RM8juta, ini tidak boleh diterima akal.

mubaraq ahmad said...

Saudara HRH,

Terima kasih atas komen anda, tetapi selalunya filem2 epic kebiasannya warna melambangkan penduduk. Contohnya penduduk Troy, dlm filem Troy, semua memakai warna asas biru dan penduduk Rom memakai warna asas merah dalam 300. Lagipun masa dulu ruang lingkup fesyen sesebuah negara hanya didalam negaranya sahaja, tiada berkembang.

Cuma yg saya musyilkn, dlm abad yg dahulu lagi, penduduk Kedah sudah pandai membasug n memutihkan baju, kerana kain yg putih b'sinar itu, pastinya bukan kerana Breeze, Clorox or nila, kn?

Anonymous said...

Muntah baca your komen yang entah apa apa ni.

iyda165 said...

janganlah dikritik teruk sgt.. mungkin kritikan anda mnaikkan smgt org yg mmbuat filem itu.. mungkin akn mnjtuhkan semngtnye.. itu FILEM EPIK PERTAMA yg dibuat di m'sia.. of course akn ade kkurangan.. bg sy sdh ckup baik producer trsebut brfikiran out of box.. mlakukan ssuatu yg belum prnh dilakukan seorg malaysian..

NKLi GKaR said...

Anon: bagusla, muntah puas2. get it out from ur sistem.

iyda:err... filem epik pertama?!