Tuesday, May 24, 2011

Nur Kasih the Movie: Sebuah Pengakhiran


Sebelum anda membaca lebih lanjut, maafkan saya kerana pandangan saya terhasil di atas dua paksi berikut:

Pertama, saya bukanlah peminat setia/ fanatik drama bersiri Nur Kasih. Saya hanya menonton sekali sekala, itupun kebanyakkannya secara tidak sengaja, tidak mencari-cari di internet ntok catch-up siri-siri yang tertinggal dan tidak meneruskan niat membeli DVDnya ntok diulang tonton kerana RM99 bagi saya terlalu mahal dan tidak berbaloi dengan cerita tersebut (berdasarkan 2 3 episod yang sempat saya tonton).

Keduanya, saya mengikuti kerjaya filem Khabir Bahtia (dengan gabungan Mira Nair sbg penulis skripnya) dengan rasa amat teruja dan mengharapkan setiap filemnya bermutu tinggi dan besar nilai artistiknya.

Sejujurnya, Nur Kasih the Movie (NKTM) ini, bukanlah hasil kerja terbaik gabungan duo ini. #bukancawantehsaya! Berikut pandangan picisan saya mengenai filem besar tersebut (spoiler alert):

1. Filem ini dibuat sememangnya utk peminat setia siri tv tersebut. Sepatutnya Khabir dari menggunakan separuh dari filem utk mengukir tragedi demi tragedi, ruang yang ada diluangkan sedikit utk memperkenalkan karakter2 dan kisah hidup mereka supaya mereka yang tidak mengikuti, lebih memahami runtun jiwa Nur, Adam dan Aidil. Sekadar dua ayat dipermulaan cerita, bagi saya, tidak cukup.

2. Sesetengah pihak merasakan penggunaan voice over merupakan petunjuk kelemahan penulis skrip kerana suara diguna mengganti pergerakan cerita. Namun, anda sedar di hujungnya, suara tersebut perlu kerana hakikatnya ini sebuah penceritaan, bukan sahaja sekadar utk yang menonton tapi utk petunjuk bagi watak-watak tersebut, yang lebih memerlukan. Formula ini mengingatkan saya dengan ‘the Notebook’ yang disusun begitu indah dan penuh romantis. Bagi NKTM, formula ini sememangnya menyuntik kelaianan sinema Malaysia dan terbina sebagai plot twist dalam penceritaannya.

3. Alang2 kita di subjek yang sama, saya rasakan Khabir dan Mira Berjaya mengolah jalan cerita dengan kreatif. Namun sayang, kemuncak filem dan plot twist dihujung bagaikan tergesa2 kerana memberi peluang cerita berleret2 diawalnya.

4. Betulkan saya sekiranya saya salah di sini. Adam mendapat dua peluang utk hidup semula dan meneruskan kasihnya bersama Nur, pertamanya sewaktu peristiwa letupan di Mumbai dan keduanya seperti yang diperikan dalam filem pula. Hairannya, walau pelbagai dugaan, saya merasakan kasih Aidil dan Nur lebih tulus dan suci dan saya tetap mengharapakn mereka bersatu sesudah semuanya yang telah berlaku. Nampaknya Khabir dan Mira tidak bersetuju dengan saya.

5. Saya sejujurnya menyukai subplot anak-anak remaja didikan Adam yang cuba diketengahkan (tapi rasanya tidak perlu tiba2 menulis lokasi penceritaan kerana ia kelihatan janggal dan tiba-tiba). Namun usai menonton, anda sedar meraka hanyalah bingkai bagi sebuah gambar yang indah ditangkap. Shafie (Mukhsin), pemegang watak Julia dan kekasih yang dibelasah teruk di hujung filem punya potensi/ bakat dan patut lebih diberi peluang untuk menonjol. Mungkin in the next project.

6. Saya juga berminat bila Khabir mencadangkan watak Nur menghabiskan usia tua dalam Alzheimer sehinggakan coretan naskah Adam bagaikan kitab baginya, namun, lakaran tersebut terlampau sempit sehingga sukar dikesan mata kasar yang tidak memahami. Selepas watak Datuk Rahim Razali dalam Cinta, Khabir dan Mira sekali lagi mengenengahkan ‘virus’ ini. Jarang filem Melayu (tiba2 teringat Erra Fazira dalam HIngga Hujung Nyawa) mengangkat kisah mereka yang berusia menjadi watak tema. Saya harap Khabir mampu merealisasikan itu sepenuhnya, satu hari nanti.

7. Disebalik sinematografi yang indah dan kerja kamera yang boleh dibanggakan, saya sedih bila latar masa tidak diambil berat di dalam filem ini, Sedangkan 5 tahun sudah mampu menjarak perubahan yang ketara, inikan pula bertahun-tahun sehingga bercucu semuanya, tapi rumah, pondok malah latar lokasi jugak tiada perubahan. Apalagi kostum yang relatifnya masih pada zaman yang sama filem bermula.

Setelah berjela menulis, ingin juga saya katakan, walaupun NKTM tidak saya gemari, hanyalah kerana factor-faktor utama yang dinyatakan. Hakikatnya, jika dibanding filem2 Malaysia yang bertaraf pecah panggung lain, NKTM masih punya kehebatan tersendiri dengan

a. menyajikan lakonan yang mantap dari Tiz (siap menambah berat bdn utk kelihatan menyakinkan bila watak Nur sedang membawa) Fizz, Remy (walaupun scene nak mati lebih macam high kena dadah dari menanggung derita penyakit yang membawa mati), ibu Efida Es dan pelakon2 lain, berserta

b. kesinambungan sinematografi dan kerja kamera yang kemas.

So, go watch this if you love the tv series or you just plain wants to fell in love with the green of the sawah and the gold sands of Petra as your background.

Or maybe you prefer, the overrated, Pirates of the Caribbean, instead? Pilihannya di tangan anda...

2 comments:

Salle Sulieman said...

Kenapa ya, masih berlaku kelemahan ketara sana sini, dan dtgnya pula dr seorang pengarah yg sudah mencipta nama?

NKLi GKaR said...

kerana manusia, tiada yg sempurna. mungkin...