Monday, April 25, 2011

SUP MELETOP SG BESI, DURIAN UDANG MERAH WITH SEAFOOD AT BAGAN LALANG

Sarapan di Dataran Merdeka

Walaupun, Sabtu yang lalu, paginya sekadar sarapan roti dan air kotak kopi susu untuk bersiap menghadiri acara amal Special Ride for Special Students, menu untuk berikutnya is ‘fit for a king’.

Sedikit mengenai acara amal tersebut, sekumpulan besar ahli2 kelab motorsikal berkuasa tinggi dan kereta mewah hadir ke Dataran Merdeka untuk memberi peluang kanak2 istimewa dari serata Malaysia membonceng dan menaiki kereta dan motor mereka mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur. Aku yang kurang istimewa ni, tengok jerla!

Makan Tengahari di Sup Meletup, Sg Besi

Mudah sahaja untuk ke sini, Selepas beberapa kali di promosi, saya berpeluang ke sana. Katanya menu utara, tapi ‘moi’ pun tak tau! ish3x… Ok, dari MRR2 Ampang menghala ke Bukit Jalil, belok kiri di selekoh Shell selepas persimpangan Bandar Tasik Selatan. Terus hingga ke traffic lite, belok kanan dan gerai tersebut di sebelah kanan anda sahaja. Disini orang makan nasi ayam, bihun sup, mi sup, kuey teow sup dan pelbagai jenis sup lain. Hirup saja pun boleh! Panas2, pekena bihun sup VIP (semua taruh) dengan tembikai laici memang terbaik!

Minum Petang di Alpha Angel

Sementara menunggu teman gunting rambut, saya menikmati chocotop sundae McD. Pulang ke rumah, kawan beli Durian Udang Merah (seketul RM5) dgn teh bunga. Saya yang hanya makan durian kalau bersama pulut, santan dan gula, sahaja, ni pun berebut! Memang terbaik.

Makan Malam Seafood di Bagan Lalang

Quick nap, bangun dan terus menghala ke Bagan Lalang untuk seafood splendor. First time nih, excited walaupun jauh. Apa perlu anda buat, halakan kereta ke Nilai/ Sepang dan cari sahaja jalan ke Sepang Gold Coast/ Seri Malaysia, Insyallah... Kedainya sebelum resort2 tuh dan selepas pekan. Guna sahaja papago atau garmim untuk memudahkan. Di HM Sri Bagan, malam tuh saya melantak butter prawn, udang goreng tepung, ketam masak rempah, pepahat dan ikan bakar bersama nasi lemak (nasi putih pun ada. Makanan seimbang kenala ada sayur sayuran, kalian ikan masih jeh yang diorder… Air, sejug sirap limau.
  
Dessert Frozen Yougurt

Kalau anda belum pernah mencuba, silakan. Inilah tempat kami melepak bila balik dari Bagan Lalang. Terdapat outlet di pelbagai kawasan; salah satunya di Wangsa Maju. Sedap jugak Tutti Frutti nih… tapi kalu makan selalu, mau kopak!

Malam berakhir dengan terbongkang tak sedaq habaq. Esok bangun hanya mampu lunch JM Bariyani sahaja... Briyani dengan ayam masak merah. he he he 


p/s: pernah makan kopok leko with mayo and cili sos dekat Nelson's tak? sedap wo...

Makan utk hidup tau, jangan hidup utk mkn!

2 comments:

HRH said...

Hanya mampu lunch JM Biryani? Epik!

Bila mau ke Bagan Lalang lagi? Nak figure out short cut

NKLi G'KaR said...

kan u balik opis nak tapau, I pesan jerla...